Tuesday, September 8, 2015

10 Negara ASEAN, 10 Mentors, 20 Facilitators dan 300 Future Social Entrepreneurs & Social Innovators !


Alhamdulillah.

Bersempena 1ASEAN Entrepreneurship Summit 2015 yang berlangsung pada November ini di KLCC yang juga dihadiri Presiden USA Barrack Obama, saya diberi peluang dan tanggungjawab untuk menganjurkan Satu Konvensyen selama 2 hari melibatkan 300 potential social entrepreneurs dan social innovators dari seluruh negara-negara ASEAN.

Para peserta konvensyen akan diberi pendedahan knowledge yang ilmiah, komprehensif, praktikal dan paling penting selepas konvensyen setiap peserta akan berpeluang untuk mendapat 'Continuous Mentoring dan Monitoring' oleh 10 Mentors dan 20 Facilitators berpengalaman dari 10 Negara ASEAN sebagai seorang Social Entrepreneurs dan Innovators yang ada skills creative and innovative thinking.

Jika ada rezeki dan jadi kenyataan InsyaAllah akan dihadiri Bill Gates, Tony Fernandez. InsyaAllah, program Asean kali ini akan sangat powerful kerana kehadiran 300 Usahawan dan bakal Usahawan muda yang rata-ratanya berumur di bawah 35 tahun ini merupakan wajah masa depan ASEAN tycoons, millionaires, billionaires, philanthropist yang akan menerajui ASEAN di masa depan.

Saya akan pastikan dan buat yang terbaik Grand Design Program ASEAN kali ini benar-benar dinamik dan bukan 'one off' atau 'program oriented' semata-mata. Peserta juga adalah yang terpilih secara eksklusif dan segala yuran penyertaan adalah percuma ditanggung oleh pihak kami. Saya akan maklumkan lagi nanti maklumat terkini berkaitan event ASEAN yang sangat grand ini.

Effendy Zulkifly
Founder,
ASEAN Change Maker Community (ACMC).
‪#‎1aes‬
‪#‎asean‬
‪#‎socialentrepreneurship‬
‪#‎socialinnovation‬